TUJUAN DAN LATAR BELAKANG



A. TUJUAN

Garis Panduan Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Versi 1/2016 merupakan bahan rujukan bagi pempiawaian tindakan untuk mengekalkan kebersihan, kekemasan dan keselamatan hospital. Garis panduan ini penting bagi menyelaraskan semula serta membuat penambahbaikan terhadap aktiviti amalan EKSA yang sedia ada di kalangan warga Hospital Tapah agar persekitaran kerja yang kondusif dapat dikekalkan. Umumnya, pelaksanaan EKSA masih tertakluk kepada kesesuaian peringkat zon sesuatu jabatan / unit di hospital ini.

B.    LATAR BELAKANG EKSA


EKSA telah mula diamalkan di Hospital Tapah secara rasmi pada 2016. Budaya persekitaran kerja yang berkualiti, sistematik dan praktikal, dapat dijadikan sebagai satu amalan. Kos operasi dapat dijimatkan apabila pembaziran masa dan ruang dikurangkan.
Antara faktor yang berpotensi menyumbang ke arah pemantapan budaya EKSA Hospital Tapah adalah:
i.          Sokongan dan komitmen yang diberikan oleh pihak pengurusanhospital

ii.          Struktur pengurusan EKSA yang cekap danberkesan

iii.          Pendidikan dan latihan kepada wargahospital

iv.          Komunikasi yang berkesan di kalangan wargahospital

v.          Pelan pelaksanaan yangmantap

vi.          Perkongsian amalan baik EKSA

No comments:

Post a Comment