Tuesday 23 February 2021

MESYUARAT EKSA BIL. 1.2021

MESYUARAT EKSA BIL. 1.2021

masa: 12pm

tarikh : 18.02.2021

tempat: unit dietetik dan sajian 

membincangkan isu-isu berkaitan eksa yang dijalankan di unit dietetik dan sajian.




AKTIVITI BULANAN 2021


 AKTIVITI KEBERSIHAN DI UNIT DIETETIK DAN SAJIAN

aktiviti menanam pokok limau kasturi di sekitar dapur. aktiviti ini dapat meningkatkan kerjasama sesama kakitangan.


Tuesday 10 March 2020

MESYUARAT JAWATANKUASA EKSA BAGI ZON KASAWARI BIL. 1/2020

TARIKH : 12.02.2020 (RABU)
MASA : 12.00 TENGAHARI
TEMPAT : BILIK PEGAWAI DIETETIK, UNIT DIETETIK DAN SAJIAN HOSPITAL TAPAH

KEHADIRAN : PENUH (Seramai 11 anggota)

Antara kandungan minit mesyuarat tersebut adalah :

1. Pengerusi memaklumkan gotong-royong perlu dilaksanakan berterusan setiap minggu hari Jumaat mengikut shift masing-masing sama ada pagi atau petang.

2. Permohonan audit eksa dari MAMPU akan dihantar pada bulan April 2020.

3. Audit dalaman eksa (induk) kali keuda akan dijalankan dalam bulan Mac 2020.

4. Perubahan pada carta organisasi bagi Zon Kasawari iaitu Ketua Zon adalah Cik Lee Jia Ru menggantikan Puan Mariah yang telah bersara dan AJK Promosi II PePM Amerul Azim menggantikan tempat PePM Ruhani juga yang telah bersara.


Monday 11 March 2019

HARI EKSA HOSPITAL TAPAH

Sambutan Hari Eksa & Hari Keluarga Hospital Tapah 2019 telah berlangsung dengan meriah dan jayanya pada 02 Mac 2019 (Sabtu) yang lalu. Majlis dirasmikan oleh Pengarah Hospital Tapah Dr Anim Bt. Ali tepat jam 9 pagi. Pelbagai aktiviti  diadakan seperti Jualan Gerai Zon Eksa, Senamrobik, Sukaneka, Pertandingan Gerai dan Cabutan Bertuah.







Kesemua Zon telah membuka gerai masing-masing dengan menu jualan yang menarik. Tidak terkecuali zon kami iaitu Zon Kasawari telah membuka gerai dengan menjual Cendol lelehhh dan Kacang Kuda Rebus Panasss.




Di bawah ini disertakan sedikit sebanyak gambar semasa persiapan dan penjualan Zon Kasawari pada Hari Eksa dijalalankan.












Terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan Zon Kasawari yang memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan program ini.







Thursday 28 February 2019

PROMOSI ZON KASAWARI HARI EKSA 2019

Promosi dari Zon Kasawari adalah seperti gambar di bawah  :






MESYUARAT PEMILIHAN MENU JUALAN UNTUK HARI EKSA

Mesyuarat untuk membincangkan pemilihan menu jualan pada Hari EKSA 2019 telah dijalankan pada 25/01/2019 yang lalu. Hasil dari perbincangan, Zon Kasawari telah memilih untuk menjual Cendol dan Kacang Kuda Rebus pada hari berkenaan.


Hari Eksa 2019 akan diadakan pada seperti berikut :

Tarikh : 02/03/2019 (Sabtu)
Masa : 8pg - 1ptg
Tempat : Tempat letak kereta, Hospital Tapah





Friday 25 January 2019

GOTONG-ROYONG EKSA

Aktiviti pembersihan dilakukan di Zon Kasawari agar ruang kerja sentiasa bersih, kemas dan teratur.

Terima kasih kepada kakitangan Zon Kasawari yang sentiasa memberikan kerjasama dalam setiap aktiviti gotong-royong EKSA ini. 

Pengemasan dilakukan di Stor Makanan Harian


Pengemasan pada kabel/wayar komputer di Bilik Pegawai


Gambar SEBELUM : Kabel/wayar komputer di Bilik Operasi Pembantu Penyediaan Makanan

Gambar SELEPAS : Kabel/wayar komputer di Bilik Operasi Pembantu Penyediaan Makanan