AMALAN 5S



AMALAN 5S

Amalan 5S merupakan landasan utama budaya EKSA. 5S adalah singkatan daripada perkataan Bahasa Jepun iaitu Seiri,  Seiton,  Seiso,  Seiketsu   dan  Shitsuke
 
Jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, akan membawa maksud seperti yang dinyatakan di bawah:

 

1.    SISIH


Tumpuan diberikan kepada pengasingan dan pelupusan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja.
 


 
Aktiviti penyisihan barang dijalankan bagi mengenalpasti barang yang masih di perlukan


Aktiviti sisih melibatkan:
·           Item yang tiada nilai dan senang dibuang, perlu dibuang segera.
·           Item yang ada nilai tetapi tidak digunakan dan tiada kegunaan pada masa akan datang, maka perlu dihapuskan atau dijual mengikut prosedur.
·           Item yang tiada nilai tetapi melibatkan kos pelupusan tinggi, maka kaedah atau kos yang paling rendah, perlu ditentukan.

 
2. SUSUN


Amalan ini merujuk kepada prinsip “Setiap barang ada tempatnya dan setiap tempat ada barangnya”.
Penekanan tertumpu kepada kaedah penyusunan yang teratur, kemas, berkesan  dan selamat.
 
Aktiviti penyusunan barang dilakukan bagi memastikan barang bukan sahaja kemas dan terartur malah, mudah dicari
  

Aktiviti ini melibatkan:

 
·           Item yang disusun dalam aturan First-Expiry-First-Out (Luput Dulu Keluar Dulu) jika mempunyai tarikh luput. Jika item tidak mempunyai tarikh luput ATAU  item mempunyai tarikh luput yang sama, maka aturan First-In-First-Out (Masuk Dulu Keluar Dulu) akan digunakan.
·           Item yang dilabelkan dengan nama dan nombor indeks.
 
·           Item yang disimpan mengikut kategori.
·           Item yang diatur supaya mudah dikesan dan boleh dicapai dalam masa 30 saat.
 
Semasa bekerja, kedudukan fail aktif dan bahan rujukan yang digunakan, adalah di atas meja. Selepas digunakan, ia perlu disimpan kembali ke tempat asal.
 

3.    SAPU

Tindakan diambil bagi memastikan ruang tempat kerja dan peralatan di dalam keadaan bersih dan tidak menjejaskan kualiti peralatan dan kualiti kerja.
 
Setiap ruang dan peralatan dibersihkan dar sebarang kekotoran. Jika berlaku kerosakan, tindakan penyelenggaraan akan dijalankan dengan segera


Aktiviti ini:

·           Menetapkan pemilik (ownership) bagi setiap ruang, perkakas dan mesin.

·           Memastikan    proses    pembersihan   dijalankan   mengikut   jadual   yang   telah ditetapkan.
·           Merekod dan melaporkan segala kerosakan untuk tindakan penyelenggaraan.
 

4.    SERAGAM

Piawaian persekitaran berkualiti dipatuhi bagi memastikan tempat kerja bersih dan teratur sepanjang masa.



Tindakan yang diambil adalah untuk mewujudkan keseragaman prosedur, susun atur atau format

 

Penyimpanan dan susun atur barang perlu dibuat lebih sistematik dan seragam
bagi memudahkan pencarian


 


5.    SENTIASA AMAL

 
Tindakan yang diambil adalah mengekalkan semua amalan sisih, susun, sapu dan seragam serta melakukan penambahbaikan untuk mempergiatkan amalan EKSA.
Aktiviti ini melibatkan:

·           Audit dalaman dilakukan secara berkala.
 
·           Aktiviti promosi dijalankan secara berterusan.
 
·           Mewujudkan   sistem    pengiktirafan   dan   penghargaan   kepada   usaha   yang ditunjukkan oleh warga hospital.
·           Mengadakan program kesedaran EKSA secara berterusan melalui latihan.

 
Program kesedaran EKSA secara berterusan melalui latihan giat dijalankan
oleh AJK Latihan Induk EKSA.
 
 




 


No comments:

Post a Comment