INFO



EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Ia diterajui oleh pihak MAMPU (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia), dan ia merupakan penjenamaan semula bagi Pelaksanaan Amalan 5S Sektor Awam (2010), dan bertujuan untuk meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi yang lebih berimej korporat dan melahirkan idea dan aktiviti kerativiti dan inovasi.

Latar Belakang:
MAMPU telah mengeluarkan Panduan Amalan 5S Sektor Awam pada tahun 2010, yang mana agensi/jabatan di bawah Sektor Awam sudah boleh memperolehi Pensijilan Amalan 5S melalui pihak MAMPU (Bahagian Inspektorat dan Pengiktirafan). Seperti yang sedia maklum selama ini Pensijilan 5S/QE (Sistem Persekitaran Berkualiti) di tunjangi oleh pihak MPC (Perbadanan Produktiviti Malaysia) sejak tahun 80an lagi. Manakala tempoh pensijilan 5S ini adalah selama 2 tahun sekali. Berbanding tempoh Pensijilan 5S MPC setahun sekali.
Bagi merealisasi dan memantapkan lagi Amalan 5S Sektor Awam ini, pada tahun 2011 pihak MAMPU telah melaksanakan Program Training of Trainers (ToT) Amalan 5S kepada Institut Latihan Awam. Sejak itu beberapa agensi/jabatan sektor awam mula memperolehi pensijilan 5S melalui pengauditan MAMPU. Sehingga tahun 2013 sejumlah 173 agensi/jabatan sektor awam telah memperolehi pensijilan ini

Tujuan Penjenamaan Semula
Antara tujuan penjenaaam semula nama 5S Sektor Awam kepada EKSA adalah untuk mewujudkan pelaksanaan Amalan 5S yang lebih korporat, fokus kepada persekitaran kerja yang kondusif, ke arah kepelbagaian agensi, mengutamakan kreativiti dan inovasi dan ‘go-green’.

Faedah EKSA
Antara faedah dari pelaksanaan EKSA ini adalah:
  • Mewujudkan persekitaran tempat kerja berkualiti;
  • Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan organisasi;
  • Mengenalpasti, mengurangkan dan menghapuskan pembaziran;
  • Meningkatkan semangat ‘esprit de corp’;
  • Meningkatkan displin warga agensi/jabatan, dan
  • Meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan.
Pensijilan EKSA
Dengan penambahbaikan kriteria sedia ada kepada yang baru (lebih terperinci mengikut kesesuaian persekitaran tempat kerja), serta perlantikan Champion EKSA kepada wakil-wakil pegawai sektor awam/ILA yang terpilih.

Pihak MAMPU berusaha untuk menyegerakan proses pensijilan dengan aliran seperti berikut:
  1. PERMOHONAN – Kemukakan Surat Rasmi kepada Ketua Pengarah MAMPU dengan mengemukakan laporan Audit Dalam
  2. PENGAUDITAN – 1 @ 2 hari sesi audit 5S MAMPU, bergantung kepada lokasi dan bilangan zon
  3. PELAPORAN – akan disediakan 1 hari selepas sesi pengauditan
  4. PENSIJILAN – akan diberi hanya 3 hari selepas pengauditan (jika memenuhi syarat)
Semoga matlamat EKSA terus tercapai dan memudahkan lagi pengiat amalan 5S dengan lebih berimej korporat, tidak membebankan dengan tugas hakiki, melahirkan banyak idea kreativiti dan inovasi serta memberi impak yang besar dalam sektor awam.


No comments:

Post a Comment