LATAR BELAKANG ZON KASAWARI

Zon Kasawari merupakan nama yang diambil dari Burung Kasawari ataupun lebih dikenali dengan nama Burung Unta.

Burung Unta merupakan burung terbesar yang masih hidup. Dengan ketinggian sehingga 2.5 meter (8 kaki), ia cukup besar untuk seseorang dewasa berbadan kecil menunggang mereka dan telah digunakan di sebahagian Afrika Utara dan Arab sebagai tunggangan lumba. Burung ini tidak boleh terbang dan termasuk dalam kumpulan primitif yang kurang dikenali, iaitu ratit(Palaeognaths). Nama sainsnya Struthio camelus.

Menurut kepercayaan rakyat, burung Unta terkenal kerana menyembunyikan kepala mereka di dalam tanah apabila sahaja berhadapan dengan bahaya. Tabiat ini tidak pernah direkod atau dilihat, walaupun burung Unta diketahui merendahkan kepala dan leher mereka ke tanah untuk melindungkan diri apabila pemangsa ada berhampiran. Apabila diancam, burung Unta mampu menyebabkan kecederaan yang serius dengan tendangan dari kaki mereka yang kuat itu.

Burung Kasawari ini dipilih sebagai nama ZON KASAWARI kerana ingin mencontohi sikap semangat burung ini dalam berkumpulan semasa mencari makanan mahupun dalam menyelamatkan diri daripada pihak musuh. 

Kerjasama di antara burung-burung ini dapat kami menjadikan contoh dalam melaksanakan EKSA di zon kami.





  

No comments:

Post a Comment