Wednesday 26 December 2018

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK EKSA

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) BERSAMA KETUA-KETUA ZON BIL. 5/2018 

MASA     : 9.00 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT, HOSPITAL TAPAH
TARIKH  : 26 DISEMBER 2018 (RABU)

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :
1. Perutusan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Bil. 4/2018
3. Pembentangan Laporan Audit dari Zon Kelicap, Zon Merbah dan Zon Merak
4. Hal-hal berbangkit
5. Hal-hal lain
6. Penangguhan mesyuarat



Wednesday 19 December 2018

AKTIVITI GO GREEN

Rabu, 19 Disember 2018 - Zon Kasawari telah menjalankan aktiviti go green iaitu menanam Pokok Limau Kasturi di sekitar kawasan Unit Sajian (Zon Kasawari).

Aktiviti seperti ini dapat menceriakan persekitaran Zon Kasawari di samping hasil tanaman ini nanti boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja kakitangan Hospital Tapah.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada staf Unit Sajian kerana komitmen yang diberikan sepanjang aktiviti ini dijalankan.




Tuesday 18 December 2018

LAPORAN AUDIT DALAMAN EKSA


ZON                     : ZON KASAWARI
AUDIT KALI      : PERTAMA
TARIKH               : 28.08.2018
MASA                  : 9:00 PAGI


AUDITOR : 
1. PN. NOOR SUHAIDA BT. ABD HAMID (JURURAWAT U29)
2. PN. NOR HAZLINDA BT. ABD RAHIM (HELPDESK EDGENTA)
3. EN. NORA BIN ADAM (EDGENTA)









Friday 14 December 2018

GOTONG-ROYONG EKSA

Anggota Zon Kasawari telah menjalankan aktiviti gotong-royong EKSA pada 14.12.2018 (Jumaat) iaitu mengemas stor harian, pejabat dan mengemaskini label-label pada suis. 

Aktiviti seperti ini perlu berterusan agar ruang kerja sentiasa bersih, kemas dan teratur.






Friday 18 May 2018

SAMBUTAN PELANCARAN HARI EKSA

Sambutan Hari EKSA diadakan pada 2 April 2018 yang lalu. Ia melibatkan semua zon-zon yang terdapat di Hospital Tapah. Setiap anggota Hospital Tapah diwajibkan untuk membeli kupon RM10 setiap orang. Kupon akan digunapakai semasa pembelian makanan dan minuman di semua gerai jualan.

Zon Kasawari memilih untuk menjual :
- Laksa
- Mee Sup
- Bihun Sup

Semua anggota Unit Sajian terlibat dalam menyiapkan makanan yang akan dijual di gerai Zon Kasawari.


Proses penyediaan dan membungkus bahan-bahan untuk jualan.










Proses menghantar makanan ke gerai Zon Kasawari. 
Jualan diadakan di tempat meletak kenderaan di ruang legar kawasan Hospital Tapah.






Gerai Zon Kasawari

Jualan bermula pada jam 8.00 pagi hingga jam 1.00 tengahari.








Terima kasih kepada semua anggota Unit Sajian/Zon Kasawari atas kerjasama yang amat baik dari mula penyediaan jualan hinggalah tamat jualan di gerai. Semoga Zon Kasawari terus komited dalam melaksanakan EKSA.