Friday 18 May 2018

SAMBUTAN PELANCARAN HARI EKSA

Sambutan Hari EKSA diadakan pada 2 April 2018 yang lalu. Ia melibatkan semua zon-zon yang terdapat di Hospital Tapah. Setiap anggota Hospital Tapah diwajibkan untuk membeli kupon RM10 setiap orang. Kupon akan digunapakai semasa pembelian makanan dan minuman di semua gerai jualan.

Zon Kasawari memilih untuk menjual :
- Laksa
- Mee Sup
- Bihun Sup

Semua anggota Unit Sajian terlibat dalam menyiapkan makanan yang akan dijual di gerai Zon Kasawari.


Proses penyediaan dan membungkus bahan-bahan untuk jualan.










Proses menghantar makanan ke gerai Zon Kasawari. 
Jualan diadakan di tempat meletak kenderaan di ruang legar kawasan Hospital Tapah.






Gerai Zon Kasawari

Jualan bermula pada jam 8.00 pagi hingga jam 1.00 tengahari.








Terima kasih kepada semua anggota Unit Sajian/Zon Kasawari atas kerjasama yang amat baik dari mula penyediaan jualan hinggalah tamat jualan di gerai. Semoga Zon Kasawari terus komited dalam melaksanakan EKSA.